Love is Pure

Dalami Perasaan ini dan fikirlah sejenak untuk kita fahami erti sebuah percintaan





Tuesday, September 20, 2011

Love story: "Anak...."


Keje tak nak banyak lagi kat atas meja ni... Serabut otak aku.. Nak interview new trainee lagi.. Stress tahap Professor Klon dah ni.... Pills aku dah mkn lom erk..? Sampai terlupa aku benda yang penting camni..

Kring..Kringg...... (wah.. mcm ringtone zaman batu.. Hahaha)

"Mummy... anak dah balik sekolah.. tadi kan.."
"Anak, Nanti mummy balik, kita cerita panjang-panjang k.. mummy banyak keje ni tau"..


Jerry satu-satunya anak aku, pengarang jantung dan keutamaan aku... My handsome boy.. :).. Hari-hari dia akan beri laporan penuh apa yang dia lakukan di sekolah mahupun di rumah... Anak... Anak.... Comel sungguh perilaku dia... Hilang sedikit stress aku buat seketika... 

Well... Keje dah siap... Now kena kejar KTM dan  supaya aku dapat sampai on time dekat stesen belakang rumah aku tu.... Ermm... busy life but nak buat macamana kan... Life must go on... and I have gorgeous family waiting for me now...


" Honey, I dah sampai ni.. You dekat mane?"
" Yer yang, I nak on the way ni, I baru jemput anak dekat nursery"


Lega hati aku mendengar anak dah dijemput, dan semua berjalan mcm biasa.. sayang suami aku - Badrul...!! Tak salah pilihan aku kan, tukang masak yg berkebolehan dan pandai mengambil hati dan mengambil berat tentang aku dan anak...

Badrul dan Jerry, dua insan yang paling bermakna dalam hidup ku... Love you both..

**********

Tiga tahun berlalu sgt pantas, anak pun dah besar dan aku rasa sangat gembira dengan hidupku walaupun itu satu-satunya zuriat yang aku mampu ada... Sebelum ini pun, doktor dah menasihati aku untuk tidak mempunyai anak disebabkan penyakit yg aku alami ini... Namun, TUHAN  Maha Mengetahui dan BERKUASA di atas segalanya... dan aku sangat bersyukur mempunyai dia dalam hidupku.. Jauh di sudut hati, memang aku ingin mempunyai anak lagi, namun aku insan biasa dan aku redha dgn segala takdirnya...


" Mummy, ustazah kata perempuan tak boleh pakai skirt tau"
" Anak.... ok.. nanti mummy pkai baju kurung k.. but today mummy dah siap kan.. lagipun kita dah lambat tau nak pergi sekolah"


(Sejak dah naik darjah empat ni, semua yg di ajar di sekolah akan di ajar pada aku pula... Hahaha... Anak... Anak... Aku akui dia banyak mengubah aku untuk jadi ibu yg baik.. Aku bersyukur melihat dia menjadi seorang yang berbudi bahasa... )

Akhir-akhir ni... Badrul selalu balik lewat malam dan byk masa tiada di rumah... Mungkin byk event yg memerlukan dia di sana... Maklumlah.. Chef... Dan aku memang sangat bangga dengan dia... My Man.... :) Maklumlah... Aku soal masak memasak ni agak kurang.. itu aku akui.. tapi tuhan kan adil.. dia kurniakan Badrul utk menjadi suami aku... Perfecto.. !!


" Lia.. Tengokkan Badrul tu... entah-entah dia ada perempuan lain... Kau tahu je la kan, zaman sekarang ramai perempuan yg gilakan suami orang.."
" Kak, Lia percayakan abg badrul tu.. masa Lia sakit, dia juga yang jaga Lia dan Jerry.. Jgn risau yer... "


(Kakak aku ni terlalu risau kalau Badrul ada perempuan lain.. mungkin aku ni anak bongsu, tak perlu lah dia risau macam tu sekali... mungkin sebab aku agak sibuk, dia saja nak menakut-nakutkan aku la tu... tapi kalau difikirkan aku teringat pula kata- kata anak tempoh hari..)


" Mummy, tadi kan anak pergi jalan dgn daddy dan aunty Lily... "
" Anak... siapa aunty Lily?"
" Kawan Daddy la.. mummy"


Errm... takkan badrul ada org lain.... berdosa jer aku fikir bukan-bukan... baik aku tanye jer dekat Badrul nanti.. Aku rasa Lily ni org yg same pernah Badrul ceritakan dulu.. trainee baru dekat tempat keje dia.. Ermm.. takpe la... tak salah si Lily ni baya anak buah aku... Tak perlu la aku risau sangat kan... budak hingusan lagi..


"Honey, aritu I dengar anak kata you keluar dgn Lily. Kenape tak bgtau I?"
"Yang.. I just hantar dia balik rumah haritu, abg dia tak dapat jemput, jadi I hantarkan saje.. Tak ada ape-apa la yang.."


Lega aku dengar penjelasan dari Badrul... Hujung minggu ni, aku nak pergi jalan2 dgn jerry, rehatkan otak yang penat berkerja ni kan.... Baik aku ajak anak buah aku pergi KLCC teman aku dengan Jerry jalan-jalan.. Ermm.. Lagipun dah lama tak jumpa dia.. maklumlah dah besar panjang.. Honey aku tu  tahu je la... hujung minggu pun kena datang keje... dah tugasnya kan.. aku memahami kerjayanya dan sebaiknya aku sebagai isteri haruslah mengerti setiap kesusahan dirinya..... Ermm... Kesian Honey aku kan...


" Anak.. jgn main2 jauh"
" OK Mummy....Anak kat sini je la"
" Ucu.... slumber jer panggil jerry 'ANAK' anak kuat2... hahaha.... "


(Aku dah biasa panggil Jerry dengan panggilan anak... Lagipun, dia seorang je anak aku kan...Lagipun, aku memang risaukan anak aku yg sorang ni.. Yer la.. Sorang jer kan.. Kalo boleh, apa yg dia nak aku belikan.. tapi aku kena garang jugak skit.. tak mahu dia terlalu dimanjakan, nanti dah besar susah nak jaga.)

************

Hari demi hari berlalu sangat pantas... Aku rasa badan aku terlalu letih.. Mungkin banyak kerja kat office ni.. Persaingan dekat office pun sengit.. walaupun aku ada jawatan yang agak tinggi, namun persaingan itu ada.. kawan bertukar menjadi lawan.. lumrah dalam hidup bukan.. terkilan mungkin tapi kalau difikirkan boleh bawa sakit.. inilah dikatakan DUGAAN...

Sebut pasal dugaan, satu demi satu bala yg timbul... Baru-baru ini, Badrul mahu berkawin satu lagi... Gugur jantung aku mendengar dari mulutnya.. Orang yang aku sayang, yang aku percaya 200% benar-benar mengecewakan aku... Adakah kerana aku selalu sakit membuatkan dia memilih untuk mencari yang lain...
Ya Allah... Mengapa bahagia ini tidak berpanjangan... Mengapa aku dijatuhkan dengan dugaan yang sebegini rupa... Mengapa harus ada dusta.. Megapa harus aku terima takdir ini...MENGAPA..!!!

Aku menangis semahunya.... Tangisi kehidupanku yang mendatang.. kuatkah aku untuk mendongak ke hadapan... Berkongsi bersama yang lain..
Aku nekad, aku mahu bercerai...!!!


" Lia, I sayang you.. I tak sanggup nak ceraikan you.. Kita ada Jerry kan"
" Honey, you betul-betul kecewakan I.. I tak boleh hidup macam ni. "


Tiba-tiba aku terbayangkan wajah Anak... Anak tak patut terima segala kepedihan ni.. Dia sangat manja dengan badrul.. dan aku tak sanggup lihat perpisahan itu mengecewakan dia pula.. Aku bawa diriku sendiri untuk tenangkan fikiran aku yg kusut...
Rakan- rakan Badrul banyak menceritakan perihal Badrul bersama Lily... dan aku mengambil pilihan untuk menutup mata dan telinga...


" Kan kakak dah bgtau sebelum ni.. kau tak nak percaya Lia... Sibuk percayakan si Badrul.. sekarang tengok.. Kau sendiri yang terduduk.."


Air mata aku gugur ke bumi... Keluargalah tempat aku luahkan segala isi hati... Namun aku harus gagah di depan Anak... Bagi aku, Si kecil ini tidak perlu tahu segala kepedihan yang aku alami tatkala ini... Aku harus cuba hidup berdikari dan tabahkan diri untuk aku dan semua... Aku harus kuat melawan semua onak dan duri ini... I need to be the SUPERWOMAN... 

**********

Tiba-tiba, aku rasa tak tertanggung lagi penat badanku ini.. Aku mengambil keputusan untuk memandu sendirian ke hospital.. Badrul pun sudah jarang berada di rumah.. Mujur ada Kak Leha di tingkat atas, yang sanggup tengokkan Jerry.


"Lia... I will increase your medicine or other option I might find after this, I'll let you know. "
" Doc, You just need to do the best you can for now.. And I may try harder to fight"


Wajah doktor ketika itu seolah-olah memberitahu yg dia dah pun cuba sedaya upaya, namun penyakit aku belum ada penawarnya... Aku seolah-olah redha... Namun aku masih mengharap punya lebih waktu untuk bersama dgn anak...


" Ucu.. Kalau boring dekat hospital ni, Ym or Facebook la dengan kitorang kat kolej ni"
" Maaf, Ucu ada kerja yang lebih penting dari tu mulai sekarang"


(Itu kata yang aku luahkan ketika anak buahku melawat aku tempoh ari.. Entah mengapa ayat itu terpacul dari mulut ku ini.. Mungkin ajal aku hampir tiba.. Siapa tahu kuasa tuhan... dan mungkin juga terlalu mengikutkan hati sesukanya melontar kata)


" Mummy, Jom la balik... Anak rindu Mummy.. Mummy dah makan..?"
" Anak,, Mummy pun nak balik rumah tau.. Tapi sekarang mummy sakit, jadi doktor kena tolong mummy bagi sihat. Now mummy tak ada selera pun nak makan."
" OK.. Nanti anak suruh Daddy buatkan kek untuk mummy bila mummy balik rumah k"


(Anak.. Mummy rindu jugak padamu sayang... Aku bersyukur Badrul membawa Jerry di hospital melawatku.. Sekarang, pertelagahan aku dgn Badrul bukan lagi isu yang harus aku fikirkan... Aku seolah-olah ingin melupakan segala kepedihan itu jauh-jauh.. Badrul membawa Lily untuk berjumpa aku.. Aku diamkan sahaja segala perihal yang berlaku.. Yang paling penting, aku dapat berjumpa Jerry... Anakku... Permata hati mummy..!!)

Aku memandang ke luar dan mengharapkan adanya hari esok untuk aku... Tak ku tahu bila masa itu tiba, namun aku harap masih ada banyak waktu untuk aku bersama anak dan melangkah keluar dari kekusutan ini... Aku mencapai sekeping kertas yang dibawa abangku bersama majalah serta kitab- kitab untuk aku penuhkan masa aku di hospital ini.. Di kala kesunyian ini, aku masih rasa sangat bersyukur kerana punya family yang masih teguh di balakangku.. Menyokong aku kuat untuk menghadapi hari esok...

Rindu sungguh aku pada Anak... petang nanti aku akan jumpanya lagi... Seronok untuk mendengar ceritanya tentang sekolah, ultraman cosmos, dan macam- macam yang dia mampu cerita... Anak.. Anak... Kau sebenarnya penawar luka Mummy...

" Anak...
     Mummy sayang kamu.. Cuma tolong maafkan mummy, mummy tak dapat ada dengan anak selalu.... Mummy tak sempat untuk tengok anak besar... Tak sempat nak rasa anak bawa mummy jalan-jalan...

Anak...
    Jadi orang yang berguna yer sayang...Jaga diri elok-elok.. Pergi sekolah, belajar rajin-rajin... Tak ada orang nak marah anak lagi nanti.. tapi jangan nakal-nakal yer sayang..

Anak..
    Jaga Daddy.. Anak kena dengar cakap daddy.. Mummy sentiasa sayang kamu dan Daddy...Kamu permata hati mummy, dan the only one I have...

Mummy Love You Anak... "





Lia akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya di sisi suami dan anaknya... Penyakit yang Lia alami tidak dapat memberikannya lebih waktu untuk bersama anak kesayangannya-Jerry. Namun, itu ada lumrah dan takdir Ilahi, Lia kembali kepada penciptanya ketika dia berumur 35 tahun... dan Jerry ketika itu berumur 10 tahun.. Lia hanya sempat hadir dalam hidup Badrul dan Jerry seketika cuma.. Namun Lia tetap diingati oleh sekalian rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain.. Kepedihan hati Lia menambahkan lagi parah yang ada di dalam dirinya.. Tekanan yang dialami hanya mempercepatkan tindakbalas penyakitnya.. Lia tetap tabahkan hati semata-mata kerana ANAK.... Lia bawa segala pahit maung kehidupannya pergi untuk selamanya.. MOga Roh Lia dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...


Mummy.. Kenapa Pergi Tinggalkan anak di sini... Anak sayang Mummy